Skip to main content
30 days challenge
Bulan ini saya ingin berkongsi tentang 30 days challenge.. Apa itu 30 days challenge? ini merupakan salah satu cara yang saya lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan meningkatkan kesihatan dan stamina.
Ia juga merupakan cabaran untuk saya agar tetap berterusan melakukan aktiviti yang dapat merealisasikan impian saya iaitu mendapatkan bentuk badan yang ideal.Hari ini merupakan hari first saya melakukan cabaran tersebut dan pada hari ke 30 saya akan menunjukkan hasil daripada cabaran yang saya lakukan ini.
Antara yang saya lakukan sepanjang 30 hari ini ialah berjogging sejauh 5km setiap hari, tekan tubi sebanyak 30 kali pada waktu pagi dan petang dan bermain tali skipping sebanyak 30 kali pada waktu pagi dan petang. Ini merupakan permulaan bagi cabaran 30 days challenge yang saya lakukan. Mungkin selepas 30 hari ini , saya akan menambah lagi cabaran yang sedia ada.
Comments
Post a Comment